Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai

BANDA ACEH: Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.

Mereka antara 15 pesalah lain yang turut menerima hukuman sama kerana didapati bersalah melakukan perkara yang melanggar undang-undang seperti menjual dan minum alkohol serta bermesra di khalayak ramai.

Kedua-dua lelaki yang dihukum sebat itu merupakan pasangan gay kedua yang dijatuhi hukuman di Aceh pada tahun ini.

Dianggarkan 1,000 orang termasuk pelancong dari Malaysia menyaksikan proses hukuman itu dijalankan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah autonomi di Indonesia yang melaksanakan hukum hudud di bawah undang-undang syariah Indonesia.

Pelaksanaan hukuman sebegini adalah sesuatu yang biasa dijalankan di sana bagi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang ingkar dengan undang-undang dan peraturan Islam.

Bagaimanapun dasar yang dilaksanakan ini mendapat kecaman daripada seluruh dunia yang menggesa agar hukuman sebegini tidak lagi dilaksanakan di kawasan terbuka.

Aceh kini sedang mempertimbang dasar baharu bagi menghentikan cara hukuman sebegitu dan akan meneruskannya di dalam pusat tahanan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.astroawani.com

Facebook Comments