Tahniah! Fiza Abdul Halim Bersalin Anak Ketiga

Pelakon Fiza Abdul Halim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Damansara Specialist Hospital pada 11.23 pagi semalam.

Bergelar ibu buat kali ketiga, Fiza berkongsi perasaan syukurnya di Instagram.

Laman sosialnya turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut yang teruja dengan kelahiran bayi tersebut.

“Alhamdulillah selamat semuanya tahniah,” tulis penyanyi Ifa Raziah.

“Tahniah di ucapkan pada sis sekeluarga kerana menerima kehadiran orang baru..selamat berpantang..rehat dulu bagi badan sihat seperti sedia kala ok,” tulis Herni.

Pelakon Nana Tanjung itu berkahwin kali ketiga dengan seorang juruterbang iaitu Aizat Al Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.

Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan bercerai pada 2016 tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.gempak.com/artikel/12059/tahniah-fiza-abdul-halim-bersalin-anak-ketiga