Mi Bayam Homemade! Bebas Bahan Pengawet Dan Tahan Lama

Membuat mi sendiri prosesnya sangat mudah. Walaupun ada mi yang segera, kadangkala terasa juga kemalasan untuk membuatnya, kalau disimpan lama mi tak tahan lama dan bahan yang digunakan mesti tidak berkhasiat kerana ada bahan pengawet.

Resipi Mi Bayam ni memang sedap kalau di makan bersama sup atau boleh jer buat me goreng. Selain kesedapannya mi bayam ni juga sangat berkhasiat sebabnya bahan yang digunakan sudah tentu halal dan kandungan tak sama beli di kedai. Mi unik dan menarik dicuba!

Buat sendiri mi bayam gerenti bersih dan sihat. Sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar makan sayur.

RESIPI MI BAYAM

BAHAN-BAHAN

  • 1kg tepung gandum
  • 20gm garam
  • 1 biji telur
  • 420ml air sayur bayam
  • Minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Tepung gandum diayak. Masukkan dalam mangkuk adunan.

2. Di bekas yang lain campurkan air sayur bayam, garam dan telur. Kacau sebati.mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

3. Selepas itu masukkan air bancuhan sayuran dalam tepung. Sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.

mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

4. Masukkan dalam mesin khas untuk leperkan nipis dan licin.mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

5. Masukkan pula ke dalam mesin mi.mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

6. Didihkan air dalam kuali. Boleh masukkan mi bila air mendidih.mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

7. Bila mi mula timbul, angkat dan toskan.

8. Gaul mi dengan minyak masak supaya tidak melekat.mi bayam, homemade mi bayam, mee bayam, cara buat mi bayam, buat sendiri mee bayam, mee bayam tanpa pengawet

INFO:

  1. Kisar bayam dan tapiskan untuk dapatkan air bayam.
  2. Kalau tidak ada mesin me boleh buat cara manual. Canai ikut ketebalan yang diingini dan potong guna pisau.
  3. Simpan mi yang sudah siap dalam peti sejuk (bahagian bawah) dalam bekas kedap udara.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Niyah Abd Karim