“Ya Allah Permudahkanlah…,”-Jepun Dilanda Taufan Trami, Hafiz Suip & Keluarga Dilapor Terkandas

Penyanyi, Hafiz Suip yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di Jepun terpaksa mengharungi detik mencemaskan apabila berdepan dengan serangan taufan di negara itu

Katanya, amaran Taufan Trami telah menyebabkan dia bersama keluarganya terkandas dan diarah untuk tidak meninggalkan hotel penginapan.

Terdahulu, penyanyi lagu Awan Nano itu telah berkongsi detik cemas tersebut menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Ya Allah permudahkan lah urusan kami..hari ni berita di okinawa southern japan telah dilanda typhoon trami dan baru tadi kami diberitahu semua orang diarah untuk duduk di dalam bangunan sahaja.

“Alhamdulillah kami dah sampai di bilik hotel dan menanti berita dalam tv (sebab tadi kitorang masuk tv jepun hahahaha walaupun sepatah tak paham janji dapat tengok diri dalam tv jepun),” tulisnya.

Tambah Hafiz lagi, dia kini hanya mengikuti perkembangan terkini mengenai taufan tersebut menerusi liputan berita stesen television tempatan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan Hafiz dan keluarganya sepanjang berada di bumi Jepun itu.

Dikesempatan ini, MH doakan semoga segala urusan Hafiz dipermudahkan dan berharap agar penyanyi tersebut dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Amin!

Foto: Instagram Hafiz Suip

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: https://www.mediahiburan.my/ya-allah-permudahkanlah-jepun-dilanda-taufan-trami-hafiz-suip-keluarga-dilapor-terkandas/