Peminat Puji Siti Nurhaliza Menyusukan Anak Ketika Sedang Buat Latihan Menyanyi

Meskipun sibuk dengan urusan aktiviti seninya di Singapura dan Tokyo, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada anaknya Siti Aafiyah yang dibawa bersama.

Terbaharu, foto Siti Nurhaliza menyusukan Aafiyah ketika sedang mengadakan latihan menyanyi mendapat perhatian dan pujian peminat.

Foto tersebut dimuat naik sendiri Siti ke akaun Instagram (IG) miliknya.

 

Menurut penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu ia pengorbanan tak ternilai sebagai seorang ibu dan kuasa luar biasa apabila dapat menyusukan anak walaupun tengah berlatih menyanyi.

“Pengalaman kedua membawa Aafiyah mengikuti saya bekerja di luar negara, minggu lalu di Singapura dan kini di Tokyo pula.

“Beginilah pengorbanan ibu, tiba-tiba ada ‘kuasa’ luar biasa. Layan anak, menyusu, berlatih, menyanyi, saya salute buat semua ibu, baik suri rumah ataupun ibu bekerjaya,” tulisnya

Rata-rata memuji sifat keibuan Siti apabila sanggup membawa dan menyusukan Aafiyah ketika sedang bekerja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.gempak.com/