Mendongak Bila Hidung Berdarah Adalah Salah. Ni 7 Step Patut Buat Bila Hidung Berdarah

Pernahkah anda mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba? Bagi kanak-kanak masalah itu bukan sesuatu yang asing, namun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.

Sebenarnya hidung berdarah atau istilah perubatannya, epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, jangkitan sinus dan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung selain dalam kes jarang berlaku seperti tekanan darah tinggi.

Epistaksis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendarahan di bahagian hadapan dan pendarahan di bahagian belakang. Lebih 90 peratus pendarahan hidung berlaku pada bahagian hadapan dan selalunya membabitkan sebelah bahagian hidung saja selain mudah diberhentikan.

Manakala 10 peratus pula berlaku pada belakang hidung dan pendarahan berlaku lebih banyak dan berbahaya. Untuk kes pendarahan teruk, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan pesakit berisiko tersedut darah ke dalam paru-paru dan sukar dikawal.

Ramai juga antara kita yang hidung kerap berdarah sekiranya cuaca agak panas. Tapi ramai yang menyangka bila hidung berdarah perlu mendongakkan supaya darah tak mengalir keluar. Sebenarnya ia adalah cara yang salah kerana dengan mendongakkan kepala boleh menyebabkan darah pergi ke belakang tekak dan terus ke paru-paru.

Dr Wanie Wahab ni share step by step betul yang patut kita buat sekiranya hidung berdarah.

hidung berdarah, cara hentikan pendarahan hidung, first aid hidung berdarah, hidung anak berdarah, hidung berdarah, cara hentikan pendarahan hidung, first aid hidung berdarah, hidung anak berdarah, hidung berdarah, cara hentikan pendarahan hidung, first aid hidung berdarah, hidung anak berdarah, hidung berdarah, cara hentikan pendarahan hidung, first aid hidung berdarah, hidung anak berdarah, hidung berdarah, cara hentikan pendarahan hidung, first aid hidung berdarah, hidung anak berdarah,

Sumber: Twitter Dr Wanie Wahab 

Anda boleh juga belajar first aid bila hidung berdarah melalui video di bawah:

 

 

Sumber