Khabib Nurmagomedov telah mengalahkan Conor McGregor sekaligus menjadi juara dunia kelas Lightweight UFC pada Minggu di Las Vegas, Amerika Syarikat. Tapi, cerita itu mungkin telah basi.
Ini kisah yang mungkin ada tidak tahu, pertarungan dua jaguh UFC ini sebenarnya amat menguntungkan pihak UFC serta kedua-dua belah pihak.
Siaran perlawanan itu dikawal media dan hanya ditayangkan kepada penyiar yang diberi hak dan penonton yang membayar untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu.
Sebelum pertarungan berlangsung, McGregor memanaskan suasana dengan serangan kontroversi terhadap Khabib adalah untuk menarik minat pengemar sukan itu. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghina agama serta mengelar jurulatih Khabib sebagai pengganas asalkan rating perlawanan itu naik.
Satu rakaman jarak dekat yang diberi senikata ketika perlawanan itu berlangsung menunjukkan McGregor berbisik sesuatu di telinga Khabib Nurmagomedov. McGregor tahu dia akan kalah dan cuba menenangkan kemarahan Khabib dengan menyebut “it’s only a bussiness” dan pujukan “let’s talk” pada hujung pusingan ketiga.
Sudah tentu ini hanya perniagaan, Dana White merupakan presiden UFC dan McGregor pula anak emas presiden sukan itu. Dana White telah merancang semua ini dengan bijak sekali. Pertarungan antara McGregor dan Floyd sebelum ini juga bermula dengan provokasi hingga UFC boleh menjana hingga USD100 Juta untuk mereka.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini McGregor dijangka akan dibayar USD3 juta sementara Khabib akan membawa pulang wang USD2 juta bersih untuk pertarungan itu walaupun bergelar juara.
McGregor pula menjangka dia akan mendapat lebih dari itu kerana iklan serta bayaran bonus dari pihak tertentu kerana menarik begitu ramai penonton untuk membeli siaran tersebut.
Sementara itu pihak UFC pula menjangka mereka akan menjana dalam lingkungan USD50 Juta hasil dari perlawanan itu kerana ditonton hampir seluruh negara di dunia. – jangan lupa kali empat duit tu.