Ketika ini pengacara dan usahawan popular, Neelofa sedang sibuk menguruskan aktivitinya di luar negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Neelofa tidak dapat menghadirkan diri di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABDBH31) baru-baru ini serta tidak mengacarakan rancangan mingguannya Meletop.
Namun apa yang menariknya, Neelofa telah berkongsi beberapa video memaparkan keadaan kapal terbang mewah yang dinaikinya dalam perjalanan pulang dari Eropah ke Malaysia.
Video tersebut telah dikongsikan oleh Lofa menerusi IG Story miliknya.
Kapal terbang tersebut menawarkan kemudahan kelas pertama yang jarang kita lihat di pesawat-pesawat komersial yang lain.
Dalam pada itu, kapal terbang tersebut bukan sahaja menyediakan kemudahan bilik air malah turut disertakan dengan bilik mandi.
Untuk pengetahuan anda, Emirates merupakan syarikat penerbangan pertama yang menyediakan layanan bilik mandi peribadi untuk memudahkan urusan penumpang ketika mengharungi perjalan jauh.
Wah, bertuahnya Lofa dapat naik pesawat mewah sebegitu. Selamat kembali diucapkan kepada Neelofa.
Foto: Instagram Neelofa