“Mulanya Ingat Tanda Salib”, Awan Bentuk Pedang Muncul Di Tumpat

SUBHANALLAH (maha suci Allah), ayat ini terus terkeluar dari mulut Aisyhah Hamidah, 15 tahun tatkala dia terlihat awan berbentuk pedang muncul petang semalam.

Menurut pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat ini, awan aneh ini muncul sekitar jam 6.23 petang di kediamannya, Kampung Bendang Kerian, Tumpat dan kemudian beransur hilang lima minit kemudian.

Jelas Aisyhah atau mesra disapa Asma’ pada awalnya dia menyangka awan itu membentuk tanda salib kerana ketika kejadian dia berada dalam rumah dan hanya terlihat sebahagian sahaja bentuknya. Sehinggalah dia keluar ke halaman untuk menyaksikan fenomena aneh ini dan ketika itu jelas kelihatan awan berbentuk pedang di hadapannya.

Asma’ dan kakaknya, Aisyhah Mursyida
Jelas kelihatan awan berbentuk pedang yang muncul di Kampung Bendang Kerian, Tumpat semalam
Subhanallah, awan berbentuk pedang ini hanya muncul lima minit sebelum menghilang. Ketika itu awan sekitarnya juga berubah warna

 

“Subhanaallah, itu perkataan pertama keluar dari mulut saya. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang melihat kebesaranNya dengan menunjukkan kejadian aneh dan pelik ini untuk kita semua terus mengingati Allah,” katanya memaklumkan kejadian ini berlaku sekitar lima minit saja sebelum menghilang.

Kata Asma’ lagi, ketika kejadian awan juga kelihatan berbeza warnanya dan kemudian beransur hilang begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi REMAJA.

Dalam pada itu, kakaknya, Aisyhah Mursyida Ramli, 18 yang juga seorang peniaga online turut menyaksikan kebesaran Allah ini.

“Mulanya adik yang nampak sebelum memanggil kami semua yang ada dalam rumah. Ayah, Ummi dan budak-budak yang sedang bermain bola sepak di padang juga turut menyaksikan awan aneh ini,”katanya yang bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah taala untuk melihat kebesaranNya.

Kejadian ini disaksikan oleh sebahagian ahli keluarga ini. Aisyhah (bertudung biru) manakala Asma’ bertudung merah

Bukan awan edit, jangan kecam

Dalam pada itu, Umminya, Maizan Ismail, 52 yang berpeluang melihat kebesaran Allah ini berkata, kejadian awan aneh yang dilihatnya bukan saja menunjukkan kekuasaanNya tetapi juga petanda supaya manusia itu kembali mengingati Allah.

“Dunia ini sudah ke penghujung, sudah bermacam-macam kejadian aneh terjadi termasuk gempa. Awan aneh ini satu bukti menunjukkan Allah itu maha agung, maha berkuasa.

“Memang ada suara-suara yang mempertikaikan bila anak saya masukkan gambar ini ke dalam fb miliknya. Ada yang kata edit dan sebagainya. Ada yang kecam kata kami menipu. Bagi saya apa yang Allah ingin tunjukkan adalah bukti kebesaranNya kerana memang awan aneh itu wujud di langit dan kami sekeluarga diberi peluang melihat oleh Allah.

 

“Kami tiada kuasa untuk mengeditnya. Tak pandai pun hal ini. Awan ini hanyalah petunjuk dan mengajak kita kembali merenung kekuasaan Allah. Kalau Allah mengkehendakinya maka akan berlaku. Dunia juga sudah di penghujung, moga kita semua kembali kepadaNya,”katanya yang sangat merendah diri.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: https://www.remaja.my/