Seksanya Kaki Nak Pijak Lantai, Adakah Anda Mengalami ‘Heel Spur’?

Bangun pagi, bila kaki terutamanya tumit memijak lantai, terasa sakit yang tak terkata. Mula-mula, rasa mungkin sakit biasa. Tetapi lama-kelamaan makin menjadi pula sakitnya.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahamd, mereka yang mengalami sakit kaki di bahagian tumit itu sebenarnya sudah ada menandakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’.

“Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’. Ini yang membuatkan rasa sakit menyucuk-cucuk terutamanya bila berdiri dan berjalan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman netizen, heel spur ini berpunca dari pemakaian kasut atau ‘heel’ yang tidak bersesuaian dengan kaki sehingga mendatangkan mudarat pada seseorang individu itu.

Selain itu, berat badan yang tidak sesuai juga dikatakan antara faktor penyebab heel spur.

Namun selepas mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang bersesuaian, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan tetapi mengambil tempoh masa yang lama untuk sembuh.

Bagi mereka yang mengalami ‘heel spur’ ini, anda disarankan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang kemudian akan dirujukkan ke unit Fisio Terapi.