“Dulu Mak Tak Boleh Terima Anak Dikandung 9 Bulan Cacat”

Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.

Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.

Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.

Jom dengarkan perkongsian menerusi satu program #HadithOpenMic bersama Mohd Sukur Ibrahim yang merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah.

“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga yang mana saya mengambil masa 4 tahun memujuk keluarga mentua untuk mengahwini anak mereka?

“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Waktu dilahirkan saya tak diterima oleh keluarga. Mak dan ayah terperanjat dengan keadaan kelahiran saya seperti ini. Mak tak boleh terima anak yang dikandung 9 bulan adalah anak yang cacat.

“Alhamdulillah nak menjadi kekuatan keluarga adalah datuk dan nenek. Datuk naik basikal yang pergi ke balai polis dan daftar nama saya dengan nama Mohd Sukur supaya keluarga bersyukur dengan pemberian yang Allah beri kepada mereka.

Bila ayah dan ibu menerima dirinya sepenuhnya, rasa nk jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya. Namun Bila Mohd Sukur sudah boleh berfikir, dalam berumur 4-5 tahun, dia pula tak boleh terima dirinya.

“Saya boleh nampak perbezaan antara diri dengan orang lain terutama dengan adik-beradik saya. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.

“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nk hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.

“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam  Komuniti  (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.

“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru  saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.

“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 7 tahun bisnes ini. Di harap kisah saya ini dapat beri inspirasi kepada semua. Walaupun OKU tapi saya OK.

3 tip dari Mohd Syukur kesimpulan dari kisah hidupnya:

  1. Kena bersyukur

Ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai yang boleh bersyukur

  1. Kena beri peluang diri sendiri untuk bina kehidupan.

Rezeki dan nikmat Allah akan beri tak tahu bila.

  1. Kena sentiasa berusaha

Sebab hari ini kejayaan adalah bermula dengan sebuah impian. Bila ada impian kena ada tindakan.

Sumber:The Rohani & IG sukuribrahim

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Keluarga