Anak Sakit Ekzema Berhasil Dengan Perubatan Islam

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan, radang, kering, menggelupas, kemerahan dan bersisik. Dikatakan penyakit ini dikaitkan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia.

Tanpa mengira umur, penyakit ini menyerang di sekitar tubuh badan seperti muka, kulit kepala, pelipat siku dan belakang telinga. Oleh itu, selain dirawat secara perubatan iaitu melalui ubat pencegah gatal, antihistamin, losyen pelembap atau antibiotik, penyakit ini dikatakan mampu dipulihkan melalui rawatan islam.

Perkongsian daripada Fatihah Sidek membuktikan cara perubatan islam mampu merawat anaknya, Zawa yang mengalami ekzema sehingga terpaksa menggunakan Steroid.

Fatihah diakhir penulisannya menekankan bahawa kaedah ini mungkin sesuai dengan anaknya tetapi terpulang kepada orang lain untuk percaya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ok Bismillah.
Malam ni nak share ikhtiar berubat cara perubatan islam dengan Ekzema (E) Zawa.

Zawa punya E ni dah macam macam cara guna. Steroid memang totally out. Tak serasi. Lagi guna lagi teruk. Tapi, Bila kecemasan yang melibatkan dia alergy teruk ibu terpaksa jugak ambik.

Mostly ibu guna pendekatan jaga diet. Bagi real food. Semua makanan masak sendiri. Buat food diary. Sapuan semua yang natural saja sebab E dia super sensitive. Salah sikit berd4rah / berair sebab garu.

E dia ni unpredictable sampai tahap ibu cut semua makan dia semula mula daripada 0 . Mula dengan nasi kosong balik. Ikan pun cuba satu satu balik sebab masa Ekzema dia masuk bulan ke 7/8 macam tu, E dia dh mula bertenang . Then tiba tiba dia jadi heavy detox semula.

Memang buntu.

3 bulan terakhir sebelum E dia hilang, ibu ambik keputusan nak buat alergic test . Masa ni ibu tanya pada coach Mizhana Padzi kat mana tempat yang elok untuk buat alergic test. Coach jawab cuba pegi Iridology Homeopathy dulu. Kat sana dia test anak mata guna mesin khas & kita akan dapat tau condition anak macam mana.

So ibu pegi. Gambar kat bawah ni ibu share beza anak mata ibu dan Zawa. Kondisi badan yang sihat bila result anak mata tu nampak smooth. Kalau tengok Zawa punya anak mata memang berselirat.

Di bahagian anak mata tu, doc akan terangkan spot spot tertentu contohnya bahagian bahu, belakang, usus dan sebagainya.rawatan ekzema, perubatan islam untuk ekzema, steroid untuk ekzema, rawatan cara Islam untuk ekzema, rawatan alternatif untuk ekzema

Dan perut Zawa ni berasid. Thats why lah bila ibu stop bagi dia makan ayam, E dia bertenang. So doc bagitaulah cara untuk balancekan balik pH perut. Minum air beralkali, bagi makanan & buahan yang beralkali. Kurangkan protein & carbo.

Selain tu, doc bagitau yang stress level Zawa jugak sangat tinggi. Macam mana nak baik E dia kalau dia stress macam ni? Ibu diam.

Masa tu, ayah Zawa suruh ibu test sekali condition ibu. Sebab masa ni ibu lesu gila. Memang macam orang tak sihat. Kami fikir maybe kepenatan jaga anak siang malam tak de rehat.

Bila check , doc ada sebut la you selalu sakit bahagian bahu, belakang, dada dan lain lain. Doc cakap lagi , stress level awak sangat tinggi. Patutlah anak punya stress level pun tinggi. Dia absorb daripada ibu. Macam mana E dia nak baik?rawatan ekzema, perubatan islam untuk ekzema, steroid untuk ekzema, rawatan cara Islam untuk ekzema, rawatan alternatif untuk ekzema

Ini antara awk dengan saya ya. Saya nak tanya, suami ok? * Ala ala berbisik

Ok doc. Husband ok.

Awak ada gangguan?

Masa tu ibu macam kena karen sikit.
Kenapa doc tanya macam tu?

Sebab dalam brain kita ni ada 1 spot yang boleh tunjukkan kita ada gangguan. *Sambil tunjuk kawasan tu dalam result.

Doc nasihatkan jaga amalan. Buat yang baik baik. Istigfar, puasa, sedekah, solat , dan segala benda baik supaya dia akan pantul benda jahat ni jauh jauh.

Inilah stage dimana kami suami isteri bergaduh selalu. Rasa nak separate. Kadang menangis meraung dalam bilik air. Lost!

Lepas tu, mentua bawak ustaz daripada Darussyifa’ datang ke rumah kampung. Masa dia baca ayat suci terasa lah kat belakang ni sakit. Dekat bahu. Takde adegan kena rasuk mahupun bacaan Allahuakbar kuat kuat macam dalam tv tu tau.

rawatan ekzema, perubatan islam untuk ekzema, steroid untuk ekzema, rawatan cara Islam untuk ekzema, rawatan alternatif untuk ekzema
Ustaz bagi air untuk mandi. Ada sedikit gangguan kata dia. Kita ikhtiar saja lah.

Lepas daripada tu, asbab berubat & balancekan semula pH perut dia, alhamdulillah Zawa tido lena setiap malam. If tak sebelum ni malam dia tak boleh tido. Budak E biasalah dia tak boleh tido sebab gatal tapi fasa tu dah lama berlalu. Dia punya tak boleh tido sekarang lain. Dia menangis dalam tido. Dia jerit. Mata tak bukak.

So sejak malam tu dia tido lena. Terus tak berbuai. Kalau tak sebelum ni dia kerap la mengigau. Ibu dengan ayah pun dah boleh cakap elok elok. Bercinta semula. Gitew.

Ekzema dia sebulan lepas tu nampak perubahan ketara. Dia start berpeluh banyak kat leher. Poo 3x sehari. Which is good sebab benda tak elok dalam badan dan boleh keluar melalui organ yang betul. Dia dah tak keluar melalui kulit.

So jangan main main bila melibatkan emosi anak dengan perkembangan Ekzema.

Apa yang saya boleh relate adalah, gangguan ni ganggu E dia untuk sembuh dengan cepat. Yelah malam suppose dia rehat. Kulit rehat, mind bertenang. Tapi, dia menjerit menangis. Macam mana nak rehat?

rawatan ekzema, perubatan islam untuk ekzema, steroid untuk ekzema, rawatan cara Islam untuk ekzema, rawatan alternatif untuk ekzema
Untuk anak anak E, Dr su ke, Dr Hafiz ke, Mizhana ke selalu tekankan jaga emosi ibu sebab anak akan absorb kalau kita stress.

Mungkin ini rezeki Zawa baik daripada E dia setelah macam macam cara kami cuba. Apapun alhamdulillah syukur, E Zawa baik. Ibu ayah pun baik. Tak panas panas dah.

Makan pun alhamdulillah, banyak dah cuba makanan baru.

Cerita pasal ni sampai sini je. Tak ada sambungan dah. Kalau memberi manfaat, alhamdulillah. Yang tak percaya pun tak apa. Saya cuma berkongsi.

 

 

Sumber