Penyanyi Antarabangsa Sinead OConnor kini Shuhada’ Davitt

PENYANYI Ireland Sinead O’Connor mengumumkan telah memeluk agama Islam dan pendedahan tersebut dikongsi penyanyi yang popular dengan lagu “Nothing Compares 2 U” itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Sinead kini menggunakan nama Shuhada’ Davitt.

Dalam perkongsiannya, penyanyi berusia 51 tahun itu berkata beliau berbangga memeluk agama Islam.

Beliau berkongsikan video pertama beliau melaungkan azan.

Bukan itu sahaja, bahkan beliau turut memuat naik foto berhijab pertamanya di Twitter.

Alhamdulillah!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:  Awani