Dikecam Sampai Tutup IG, Sherry ,Dafi Minta Netizen Hentikan Tekanan Kepada Elyana

PELAKON Sherry Ibrahim meminta netizen tidak melemparkan kata-kata negatif kepada penyanyi Elyana yang kini sedang berdepan penyakit kanser.

Sherry, 34, memohon mereka mendoakan yang baik-baik dan bukannya menulis sesuatu yang hanya menyakitkan hati penyanyi tersebut.

“Tolonglah saya merayu supaya anda tak buat sebarang kata-kata negatif terhadap seseorang yang saya sayang dan sangat kuat serta tak tunjuk lemah sedang berlawan dengan sesuatu dalam badan.

“Janganlah tulis yang tak baik, menasihati sekarang bukan waktu yang sesuai. Doakan dia cepat sembuh dan doa baik-baik yang indah untuk dia.

“If you care and have good heart, dont do this to Elyana,” katanya.


Dafi turut berkongsi pendapat yang sama.

Sherry meluahkan rasa kesal itu menerusi rakaman video di laman Instagram miliknya.

Pada Rabu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memulakan rawatan radioterapi di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya dan berisiko untuk lumpuh jika rawatan tersebut tidak dilakukan.

Sementara itu, penyanyi Dafi turut bersetuju dengan pandangan Sherry dan berasakan ini bukan waktu yang sesuai untuk menulis sesuatu yang negatif.


Akaun Instagram Elyana dipercayai ditutup sementara.

“Saya setuju dengan Sherry, tolong jangan buat Elyana stres lagi. Dia dalam keadaan yang dia tak boleh stres. Kalau nak tegur ke apa ke, ni bukan masa sesuai. Jangan la fikirkan rasa ‘nak tegur’ korang tu je bila nak menulis.

“Fikirkan macam mana dia rasa juga dengan dalam kesihatan yang tak baik lagi. Please guys… we are not in her shoes! Kita tak tahu apa yang dia lalui.

“Ini dugaan dia, masa kita tak tahu lagi apa dugaan yang kita akan dapat. So, lets make this easier, not harder for her,” tulis Dafi.


Antara luahan Elyana sebelum akaun IGnya dinyahaktifkan

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada seorang individu memberi teguran pedas kepada penyanyi Elyana yang kini sedang bertarung melawan kanser.

Hasil carian di laman Instagram turut mendapati Elyana sudah menyahaktifkan sementara akaun miliknya itu.

Sumber:mStar