Kopi Tumpah, Chewing Gum Melekat Kat Karpet? Jangan risau. Ikut Cara Bijak Ini Untuk Bersihkan Karpet Yang Bermasalah!

Karpet baru beli, tiba-tiba boleh pulak kan anak atau tetamu yang datang jatuhkan makanan atas karpet kita. ADUH! sakitnya mata, Hati apa lagi kan. Terus gulung atau lipat karpet untuk dihantar dobi. Kak, Dobi karpet bukan murah tau,kak. 

HABIS, MACAM MANA NAK BERSIHKAN?

Boleh cuba 6 cara paling mudah dan tak perlukan RINGGIT yang banyak untuk penyelesaian.

1. Kesan air tertumpah

Kopi, Milo dan pelbagai lagi air yang berwarna gelap, akan meninggalkan kesan apabila tertumpah atas karpet. Nak-nak karpet yag berwarna cerah.

Kebiasaannya apa yang akan anda lakukan? ambil kain kering dan tekap pada bahagian yang tertumpah tadi kemudian dilap dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih kan. TAPI MASIH ADA KESAN KOTORAN. Betul tak?

CUBA CARA NI 
1.Ambil kain bersih dan tekap kawasan air tumpah tadi separuh kering.
2. Campurkan 2 bahagian pencuci fabrik yang tiada peluntur dengan 2 bahagian air.
3. Kacau rata dan letakkan campuran pada bahagian air yang telah tumpah.
4. Tutup kotoran dengan sehelai baju t-shirt dan iron sampai air cucian tadi hampir kering

2. Bulu haiwan

Gunakan Squeegee sebelum anda vacuum karpet.

3. Shag rug

Shag rug atau karpet yang berbulu ni memang suka memerangkap habuk. Lagi tebal shag rug anda, lebih banyak lah habuk yang terperangkap. Vacuum sahaja tidak mencukupi.

Caranya, anda perlu menggunakan lint roller pada keseluruhan permukaan carpet. Kemudian lipat dua dan vacuum bahagian bawah karpet by part. Tak perlulah terbalikkan semua. Penat nanti weh.

4. Chewing gum

Ni kotoran paling payah nak-nak bila dah terpijak, lagi susah untuk tanggalkan. Caranya, amik ketulan ais lekapkan kat chewing gum tu dan biarkan selama 5-10 minit atau sehingga chewing gum tadi mengeras. Bila dah keras, baru lah mudah untuk anda tanggalkan. Be smart! 

5. Minyak dan kotoran degil yang lain

Campurkan 1 bahagian baking soda, 1 bahagian sabun pencuci pinggan dan 1/2 bahagian cuka masakan. Kacau rata dan aliskan pada kawasan kotoran. Gosok atau sental pada mood perlahan manja-manja sahaja. Lepas tu bilas dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih. Tak payah bawak pegi dobi dah!

6. Hilang kesan lekuk pada karpet

Bila kita letak perabut atau apa-apa benda berat atas karpet dalam tempoh yang lama, Sudah pasti ia akan meninggalkan kesan lekuk akibat tekanan. Memang tertekan tengok,kan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan ketulan ais pada kesan lekukan karpet dan guna garfu sikat bahagian tadi untuk naikkan semula karpet yang tenggelam tadi. Masalah selesai.

Next post min nak share cara mop karpet pulak. Haaa..jangan terperanjat . 

Stay tuned dan selamat bersihkan karpet! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Impiana