Tauke Jambu Timang Anak Ketujuh

Pelawak terkenal, Tauke selamat menimang cahaya mata pertama selepas isterinya, Nadia Mohd Affandi bersalin hari ini.

Bayi comel itu dilahirkan di Hospital Serdang tepat jam 8.28 malam tadi.

Tauke berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya dengan memuat naik video pendek wajah puteri sulung kesayangannya kira-kira sejam lalu.

“Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT.. isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan… hospital serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan… #syukur,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu serta bayi yang dilahirkan akan diberi kesihatan yang baik.

Terdahulu, Tauke atau Zamratul Amri Zakaria memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Foto: Instagram @taukejambu

 

 

 

Sumber:Gempak