Anak Anak Mencarut? Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Geram kan kalau anak tiba-tiba menuturkan perkataan yang tidak baik-kasar, kesat atau lucah. Dalam kepala ligat berfikir, mana pulak dia belajar perkataan tak elok ni, emosi jadi tak terkawal. Panngg….tangan si ibu hinggap di paha anak dan kemudian tangisan si kecil terhambur. Adakah ini cara sebenar mengendalikan situasi sebegini!

Tentu ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini? Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak berkenaan hal ini diharapkan dapat membantu ibu baa melalui fasa ini dengan baik.

ANAK SAYA CAKAP PERKATAAN YANG TAK ELOK?
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah dari rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang dah pandai baca sikit, boleh jadi dari tulisan.

Kadang-kadang kita risau, kita sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.

Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari Taska atau Tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.

Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.

ANAK SEAWAL DUA TAHUN BOLEH TAHU 1 PERKATAAN TAK ELOK!
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!

Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.

KENAPA IA BERLAKU?
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?

Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.

Contoh,

Kalau kawan ejek, kena sebut bodoh. Kalau kena marah, kena sebut pukul kang.
Kalau hilang barang, kena maki orang.

Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi. Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar? atau menarik perhatian? atau buat orang lain sedum dan marah?

Mereka cuma tak tahu.

BEHAVIOR MODIFICATION
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.

Cuma kadang-kadang kita tersilap. Sebab ibu bapa pun panik. Kali pertama kan dengar. Kita ter ‘overreact’ dengan situasi yang terjadi.

Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment.

Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.

APA YANG KITA KENA BUAT?
#1 Tenang, dan bagi tahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagi tahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.

#2 Jangan gelak! Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke.. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulangkali.

#3 Tolong check apa yang ditonton. TV ke, Youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.

#4 Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke. Berborak dekat telefon dengan kawan sambil menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagi tahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.

#5 Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.

#6 Yang paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkah laku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.

Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.

 

 

 

 

Sumber:Islam itu Indah