Tarikh Bonus RM500 Penjawat Awam,Pesara Disember 2018

Bilakah tarikh pembayaran bonus penjawat awam sebanyak RM500 yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini?

Jangkaan pemberian bonus tersebut akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Boleh jadi tarikh yang sama dengan tarikh pembayaran gaji Disember iaitu pada 24 haribulan.

Pemberian bonus ini merupakan hadiah saguhati kerajaan buat semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan yang akan menikmati bonus RM250.

Namun hanya penjawat awam gred 54 ke bawah sahaja akan menerima insentif bonus kali ini.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2019

Tahun lepas semua kakitangan kerajaan menikmati pemberian bonus sebanyak RM1,500 di mana RM500 merupakan insentif khas Aidilfitri.

Tahun ini tiada bayaran khas Aidilfitri diumumkan.

Namun pemberian bonus sebanyak RM500 sebelum bermulanya sesi persekolahan 2019 diharapkan sedikit sebanyak membantu persediaan sekolah anak-anak.

Jika dilihat semula sejarah pemberian bonus penjawat awam, hanya pada tahun 2012 kakitangan kerajaan menikmati pemberian bonus tertinggi iaitu 1 1/2 bulan.

Harapan CEUPACS

Sebelum pembentangan Bajet 2018, CEUPACS berkongsi antara 3 harapan mereka.

  1. Insentif 2 kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.
  2. Kaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Penetapan minima elaun RM180
  3. Pertimbangkan untuk memperluas kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kepada kumpulan penjawat awam lain.

Dalam pada itu, Cuepacs juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan dan tuntutan yang dikemukakannya demi memelihara kebajikan dan integriti penjawat awam.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata pihaknya menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk  diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

“Kami menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menyelaraskan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

“Permohonan ini diharap dapat dipertimbangkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan negara-negara maju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Malaysia di Kepala Batas.

Katanya tuntutan itu juga seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam berkelas dunia dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat menunaikannya bagi memberi inspirasi kepada penjawat awam.

Zainal berkata Cuepacs telah menghantar semua tuntutan dan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berharap ia dapat direalisasikan serta diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

Katanya Cuepacs  bukan kumpulan yang ingin menekan kerajaan tetapi tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan kerajaan yang pihaknya tahu bahawa pimpinan sekarang mampu merealisasikannya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.602 juta penjawat awam di negara ini yang berkhidmat kepada kerajaan untuk memajukan negara dan sentiasa membela kerajaan.

“Kestabilan ekonomi negara kita sekarang mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan Cuepacs yakin tuntutan itu tidak akan membebankan kerajaan demi kepentingan penjawat awam,” katanya.