Zamani Bukan Lupa Lirik Tapi…

Penyanyi Zamani Slam menafikan kegagalan menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5)adalah kerana lupa lirik.

Sebaliknya Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Ku Dekat Pada Mu nyanyian Yusry KRU.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post moterm untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya,”katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Zamani antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Zamani akui bersyukur dan menganggap ia rezeki.

“Selepas persembahan pertama saya dah give up kerana malu tapi saya fikir saya ada peluang kedua jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana nasib baik minggu ini kami diberi tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi jumlah markah dari dua persembahan,” katanya lagi.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Yusof Haslam yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1.Noryn Aziz 71.5%

i) Dahsyat Datuk Khadijah Ibrahim – Saya suka sebab awak menyanyi dengan ikhlas dan penuh penghayatan.

ii) Cintaku 100% Datuk Ramli MS – Tak payah cakap lah… Tawar!

2.Amelina 67.2%

i) Tua Mengejar Kita Datuk Khadijah Ibrahim – Best! Awak faham apa yang awak nyanyikan.

ii) Kuch Kuch Ho Ta Hai Datuk Ramli MS – Ringan sangat suara…macam pakai head voice saja…

3.Dia Fadila 66.4%

i) I Don’t Want To Miss A Thing Datuk Ramli MS – Awal tu agak kurang energy, separuh yang akhir tu sahaja awak betul-betul menyanyi

ii) Pematah Hati Datuk Yusof Haslam – Dari persembahan pertama, saya rasa ini lebih baik

4.Maya Ruslee 66%

i) Ikut Rentakku Datuk Khadijah Ibrahim – Ada silap sikit tapi bagus kerana ikhlas dalam nyanyian

ii) Tiada Kepastian Datuk Ramli MS – Sound very tired bila duduk tak sampai. Next time perlu berdiri.

5.Zamani 64.4%

i) Dekat Padamu Datuk Ramli MS – Saya tak nak komen apa-apa… Thank you

ii) Di Matamu Datuk Ramli MS – Kamu patut menyanyi begini dari minggu pertama kerana ini baru standard kamu

6.Billy Zulkarnain 61.05%

i) Mengenangmu Datuk Yusof Haslam – Saya tengok kamu minggu lalu dan saya tahu kamu dua ada bakat. Saya menanti persembahan kedua kamu.

ii) Mulanya Disini Datuk Khadijah Ibrahim – Saya enjoy!Saya harap kamu ke final…

7.Hetty Sarlene 60.2%

i) Pencuri Hati Datuk Ramli MS – Satu saja saya nak cakap, kamu ada satu lagi persembahan, make sure all out!

ii) Kemaafan Dendam Yang Terindah Datuk Yusof Haslam – Persembahan pertama tadi dah lulus. Persembahan kedua ni feel seperti berlakon dengan memek muka dan vokal bagus.

8.Forteen 58.1%

i) Potret Datuk Yusof Haslam – Saya mengikuti Forteen… Saya akui kamu semua memang ada bakat. Saya mahu lihat lebih di persembahan kedua

ii)Cinta Di Akhir Garisan Datuk Khadijah Ibrahim – Saya terhibur…persembahan kamu semakin baik setiap minggu

 

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9malam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Gempak