Perghh… seorang lagi individu terbaru muncul dan mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ dengan menggunakan gelaran Tuah Shah.
Lelaki itu mengaku sebagai keturunan Sultan Mahmud Shah ke-11 dan mencabar pihak tertentu membuat laporan polis terhadap dirinya sekiranya perbuatan yang kini viral di laman media sosial Facebook (FB) itu memalukan dan melanggar institusi diraja.
Menurutnya lagi, dia mempunyai keris jajahan takluk yang dikatakan bukti kukuh serta menyeru rakyat jelata mendaulatkan dirinya.
“Perhubungan umpama air dicincang tiada putus seluruh panglima nusantara datang mengadap sembah saudaraku diraja ku dari Pagar Ruyung, kerabatku, keturunan ku jua akhirnya bertemu perhubungan diraja antara alam roh alam ghaib tetap utuh alam bunian pasti mengenaliku itulah DYMM SULTAN TUAH SHAH (SULTAN MELAKA)PEWARIS SULTAN MAHMUD SHAH 11 DAIENG RAJA MELEWAR keris palembang keris kekuasaan negeri Melaka bersama mengiringiku keris jajahan takluk bersama dgn ku keris raja muda mengiringi anakanda ku raja muda tengku mahkota melaka bukan untuk menunjuk hanya untuk memberitahu seluruh raja-raja Melayu dan seluruh rakyat ku negeri melaka ada kah sudah bersedia daulat raja bersama dgn ku tiada lh lgi daulat raja-raja sekiranya ku tidak duduk di atas singah sana kuserah pda yg maha esa yg mengatur segala-galanya mesej ini sebagai utusan titah ku terpulang kepada yang membacanya,” tulisnya diFB.
Malah statusnya itu turut dikongsi kira-kira 1,500 individu selain meninggalkan pelbagai komen positif dan negatif dari netizen.
Tuah Shah turut memuatnaik beberapa status lain bagi membuktikan dirinya berdarah kesultanan Melaka.
“Telah ku tunjukkan keris Palembang sebagai bukti mereka yg mengata dan menghina sebenarnya mereka takut kehadiran Sultan Melaka yang sebenar kerana takut tak dapat menderhaka terhadap rakyat dan raja-raja Melayu,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, individu bernama Tengku Muhamad Jalil Md Nor, 63, dalam satu muatnaik FB mengakui dirinya juga berasal dari keturunan Kesultanan Melaka membawa gelaran Soltan Mansor III.
Manakala, beberapa tahun yang lepas pula, Melaka pernah digemparkan dengan berita seorang individu bernama Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang turut mendakwa dirinya adalah ‘Sultan Melaka.’ yang sah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mhetv