Sari Yanti Berkongsi Cerita Sedih Ketika Honeymoon Di Maldives

Pelakon Sari Yanti akui merindui anak-anaknya ketika berbulan madu bersama suami, Jep Sepahtu.

Sari memberitahu perkara itu di menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab dibersama peminat di ruangan Insta Story pada Khamis.
 

Kata Sari, perkara itu membuatkan dia menangis dalam kapal terbang ketika perjalanan menuju ke Maldives baru-baru ini.

“Walaupun boleh dikatakan menangis all the way to Maldives but mestilah best sebab kita pergi dengan yang paling kita sayang. Alhamdulillah anak-anak back home kita doa dan serah pada Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sari juga menjawab pertanyaan peminat mengenai cara mengendalikan susu badan ketika bercuti bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak.

“Tak simpan. Pump dan buang je. Kena pump sebab nanti takut susu kering pulak. Baby tak pernah guna botol.

“Kira hari tu waktu kakak perg bercuti baru dia belajar. Mama dia nangis-nangis sepanjang flight,” tulisnya.

Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa sahaja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Insta Story.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram @sariyanti