Bawa tangga di dalam kereta,Lelaki ini berdepan dengan tind4kan Mahkamah!

Seorang lelaki telah diberikan saman kerana memiliki beberapa peralatan di dalam keretanya. Berang dan rasa tidak puas hati, dia telah meluahkan rasa hatinya di laman Facebook.

“Tidak bolehkah saya letak barang di but kereta saya? Perlukah saya disaman kerana menyimpan beberapa peralatan?” tulisnya.

Kenyataan lelaki itu segera mendapat perhatian pengguna media sosial dan ia dikongsi hampir 6,000 dalam masa 7 jam.

Kredit: Facebook

Saman berkenaan dikeluarkan kerana lelaki tersebut telah melanggar peraturan kerana tidak mendaftarkan kenderaannya sebagai kenderaan membawa barangan.

Menurut ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), ASP Zulkefly Yahya berkata bahawa lelaki terbabit telah membawa barangan di dalam kenderaan komersialnya tanpa kebenaran seperti tangga.

Pada saman yang dikeluarkan, kes4lahan yang direkodkan untuk lelaki tersebut ialah tidak mendaftar kenderaan barangan.

Di bawah Seksyen 34, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, sesiapa yang mendapati membawa barangan menggunakan kenderaan barangan yang tidak dilesenkan akan menghadapi dend4 maksimum RM10,000 atau penj4ra setahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Facebook

Menurut saman yang dikeluarkan, lelaki tersebut diminta untuk menghadirkan diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada bulan Januari tahun hadapan kerana kesalahannya.

Sementara itu, ASP Zulkefly juga ada menjelaskan bahawa saman berkenaan tidak boleh diselesaikan dengan membayar dend4.

Sumber: Says, Facebook

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:erabaru