Akhirnya “Kasut Cinderella” diganti

Kesemua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang menerima trofi ‘Kasut Cinderella’ kini boleh tersenyum.

Ini kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menggantikan trofi baharu kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, penjaring terbanyak Liga Perdana bagi pemain tempatan, Bobby Gonzales dari Sarawak menjadi individu pertama yang menerima trofi terbaru itu.

“Kalau kita tengok dalam media sosial hari ini, Bobby sudah terima trofi dia. Dia penerima kasut pertama, saya sendiri yang menghantar kasut itu di Kota Kinabalu.

“Dalam tempoh seminggu semua akan terima trofi baru ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, ABK 2018 dihujani kritikan kerana trofi yang diberi kepada penjaring terbanyak dilihat tidak sesuai ekoran terlalu kecil.

Ia menerima pelbagai gelaran seperti ‘miniatur kasut Cinderella’, ‘pengasah pense’l dan’ rantai kunci’ (keychain), sekali gus memaksa MFL menggantikannya dengan yang baharu.

Selain Bobby, empat lagi trofi akan diserahkan kepada Penjaring Terbanyak Liga Super (import), Rufino Segovia dari Selangor; Penjaring Terbanyak Liga Super (tempatan), Shafiq Shaharudin (Kelantan) dan Penjaring Terbanyak Liga Perdana (import), Casagrande (Felcra FC).

Dalam Facebook rasmi Bobby Gonzales, dia berkongsi gambar trofi baharu diterimanya dan mengucapkan te¬rima kasih kepada MFL kerana sanggup datang ke Kota Kinabalu semata-mata mahu menyerahkan sendiri trofi tersebut. 

Sumber gambar: FB Bobby Gonzales Official’s.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv