Jom tonton Video par0di Bohemian Rhapsody versi Malaysia. Restoran Mamak Jadi Pilihan

PETALING JAYA: Sebuah video parodi lagu Bohemian Rhapsody nyanyian band rock British, Queen tular di media s0sial.

Lagu itu bagaimanapun dinyanyikan semula dan berkisar mengenai restoran mamak yang menjadi sebahagian daripada budaya di negara ini.

Malah, korus lagu itu turut diubah dan dinyanyikan mengikut lirik baharu: “Mamak, Yang ku tercinta, Harga Semua Murah, Makanan juga sedap, Mamak, life has just begun.”

Ia dimuat naik ke Youtube beberapa hari lalu dan sudah menerima lebih 11,000 tontonan.

Malah, seorang netizen turut menyifatkan video berkenaan sebagai parodi terbaik  2018, menerusi ruangan komen Youtube.

Lagu ini dihasilkan tidak lama setelah tularnya seorang pekerja restoran tempatan yang memiliki wajah persis Freddie Mercury menerusi Twitter baru-baru ini.

Malah, posting tersebut hadir bersama kapsyen “Briyani Rhapsody” sehingga ia menarik perhatian ramai pelayar laman sosial.

Mercury merupakan vokalis kumpulan Queen yang terkenal dengan aksi lincah yang unik dan tersendiri.

Filem mengenai kumpulan itu berjudul Bohemian Rhapsody sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia, termasuklah di negara ini.

Malah, ia dikatakan telah mengutip lebih AS$50 juta (RM209 juta) selepas ditayangkan di 4,000 pawagam di Amerika Utara.

Filem itu juga menerima markah 96 peratus menerusi portal ulasan filem Rotten Tomato.

Ia mula ditayangkan di seluruh dunia pada 8 November lalu.

Selain Bohemian Rhapsody, kumpulan itu juga popular menerusi lagu Radio GaGa, We Will Rock You, We Are the Champions dan I Want To Break Free.- The Star.

 

 

Sumber:mStar