Dilempar dari tempat tinggi,dilenyek dengan trak berat, G-SHOCK tetap utuh dan itu menjadikannya jam terkuat di dunia dengan harga mampu milik!

Jam tangan G-SHOCK keluaran Casio memang popular dengan sifat tahan lasak dan ciri-ciri rugged yang dimiliki oleh jam tersebut.

Meskipun majoriti jam G-SHOCK ini memiliki paparan digital dan berwarna-warni, namun anehnya, jam ini sesesuai untuk dipakai oleh semua golongan umur, daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke pesara kerajaan.

Bulan April lalu merupakan ulangtahun yang ke-35 G-SHOCK setelah model pertama mereka, DW-5000C diperkenalkan di pasaran pada April 1983.

Sebagai sebuah syarikat yang terkenal dengan kalkulator digital mereka, Casio telah mula mengorak langkah pertama sebagai pembuat jam yang dihormati pada tahun 1974.

Bermula dengan membuat jam tangan digital versi mekanikal, Casion merasakan bahawa jam tangan yang ideal harus menjadi jam tangan yang konsisten yang boleh menunjukkan masa yang tepat.

Berdasarkan idea inilah, mereka telah mendapat ilham untuk membuat jam tangan digital pertama mereka yang dikenali sebagai CASIOTRON dapat menunjukkan masa dengan tepat, bermula dari saat, minit, jam, hari dan bulan pada tahun 1974.

Setelah CASIOTRON berjaya mendapat tempat di dalam pasaran, Casio kemudiannya bercita-cita untuk menghasilkan sebuah jam tangan yang rugged dan boleh tahan ja tuh dari ketinggian 10 meter dan kalis air sehinggal kedalaman 100 meter dengan jangka hayat bateri selama 10 tahun.

Bagi menjayakan visi ini, sebuah pasukan yang diketuai oleh Kikuo Ibe telah ditubuhkan dan sebanyak 200 buah prototaip telah dibuat dalam tempoh dua tahun bagi mendapatkan sebuah model yang berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang diidamkan untuk diperkenal pada pasaran suatu hari nanti dan selepas proses percubaan yang panjang dan sukar, akhirnya G-SHOCK dilancarkan.

Pada mulanya, ia tidak berjaya dan masih pecah apabila dijatuhkan pada had ketinggian yang mereka mahu.

“Saya membuat saiznya besar, tetapi ia masih hancur, saya juga membuat jam tangan dengan getah dan sebesar bola tenis baru dan SHOCK. Akhirnya saya menjadikannya kepada size yang lebih kecil.”

Tetapi malangnya, apabila ujian dilakukan pada lantai yang ketiga dan jatuh, ia masih lagi tidak sesuai dan menepati kriterianya.

“Insiden itu membuat otak saya mahu meletus, saya bertekad jika gagal lagi, saya akan meletak jawatan dari syarikat saya,” jelasnya.

“Saya cuba berfikir untuk tidak pernah berputus asa walaupun terdapat masalah yang sangat besar, itu motto saya,” katanya.

Namun, setelah melihat seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola di sebuah taman, Ibe telah mendapat idea untuk menghasilkan sebuah jam tangan yang memiliki ciri-ciri tahan getaran seperti sebuah bola.

Akhirnya, pada tahun 1983, Casio secara rasmi melancarkan model G-SHOCK di Jepun.

Tetapi secara unik, pemasaran sebenarnya dilakukan di Amerika Syarikat dan ia terus berkembang pesat disana.

“Malah orang Jepun berfikir bahawa G-SHOCK adalah produk Amerika, kerana ia berkembang pesat di sana,” katanya.

Di Amerika Syarikat, sudah berapa buah ujikaji untuk menguji ketahanannya telah dijalankan.

Jam G-SHOCK ini telah dipu kul dengan kuat, dilenyek dengan trak yang berat dan dilemp arkan pada ketinggian yang tinggi semata-mata mahu menguji ketahanannya.

G-SHOCK tidak pernah menyerah. Kekuatan G-SHOCK telah terbukti menjadi jam tangan terkuat di dunia dengan sifat semulajadinya yang pantang menyerah kalah begitu sahaja. 

Menurut Ibe, keseluruhan proses untuk mereka dan membuat jam G-SHOCK telah mengambil masa selama 2 tahun setengah.

Sumber : Bandoru

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: OhMyMedia