Syarikat pengeluar rokok jenama Marlboro dan Chesterfield, Philip Morris International (PMI) yang merupakan syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia dengan keuntungan RM320 bilion (USD78 bilion) setahun, baru-baru ini mengumumkan untuk berhenti menjual rokok.
Memetik laporan The Drum, Philip Morris International telah berikrar untuk menghentikan pengeluaran rokok secara berperingkat pada 2018 dan mahu mengeluarkan produk bebas asap rokok.
Dalam pada itu, syarikat tersebut begitu komited dengan membelanjakan RM18.4 bilion (USD 4.5 bilion) untuk tujuan penyelidikan dan teknologi untuk menghasilkan produk nikotin bebas asap.
Fokus utama mereka sekarang ialah untuk produk baru IQOS, iaitu peranti elektronik yang memanas, tetapi tidak membakar tembakau.
Berdasarkan penyelidikan syarikat, suhu rendah membantu mengurangkan penghasilan bahan kimia berbahaya dalam asap rokok sehingga 95%.
Apa yang menarik tentang IQOS, ianya dihasilkan dengan rasa yang sama seperti rokok tetapi tanpa asap dan bau terb akar.
Kajian ke atas sampel dar ah juga menunjukkan bahawa ia memberi kesan yang kurang membah ayakan kepada tubuh badan.
Setakat ini, produk tersebut mendapat sambutan luar biasa dan sudah mula dipasarkan di Jepun, Switzerland dan Itali.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: vitdaily