Resepi Mudah Mayones Homemade Guna 5 Bahan Sahaja!

Mayones homemade ni banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic, guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi.

Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Pasti seronok. Jom tengok resipi perkongsian saudari Assalamualaikum Hai Saya Reen.

 

CARA HASILKAN MAYONES HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
  2. Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
  4. Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
  5. Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
  6. Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen