Gambar panas mirip Emma Maembong, abang menteri tersebar

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar mirip abang kepada seorang menteri Kabinet bersama wanita dipercayai selebriti popular tempatan berdua-duaan di dalam bilik telah tular.

Gambar eksklusif yang diterima Kosmo! Online itu memaparkan imej dipercayai abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah bergambar bersama seorang wanita.

Lebih mengejutkan, menurut sumber, wanita yang bersama Syed Abdullah adalah pelakon genit yang kini berhijab, Emma Maembong dirakamkan kira-kira seminggu yang lalu.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun itu.


Gambar pasangan tersebut berdua-duaan di dalam sebuah bilik yang dikirim pembaca Kosmo! Online.

 

Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.

Pada 19 Januari lalu, Emma ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi.

Emma juga kelihatan dalam majlis sambutan hari lahir Syed Abdullah yang disambut bersama keluarga baru-baru ini.

Setakat ini, Kosmo! Online masih berusaha mendapatkan Emma untuk mengulas lanjut mengenai gambar panas berkenaan. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: kosmo