[VIDEO] “Ini Neelofa ya, nak peluk boleh?

PERKONGSIAN video pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengundang rasa sebak peminat selepas reaksi teruja seorang peminat warga emasnya bertemu selebriti itu tular di laman sosial.

Dalam video berdurasi kurang 15 saat itu, peminat bertuah itu tidak menyangka bertemu pengacara popular itu dalam program khidmat masyarakat anjuran kelab peminat Neelofa.

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga turut berkongsi beberapa video pendek sepanjang program yang berlangsung di Kuala Selangor itu.

Rata-rata peminat memuji sikap rendah diri dan baik hati yang sentiasa diterapkan pengacara yang cukup berjaya dalam bidang seni dan perniagaan itu.

Program dengan kerjasama Neelofa Team dan Chatime itu juga merupakan aktiviti kemasyarakatan wajib bagi pengacara itu bertemu peminat dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan..

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv