Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.
Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.
“Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”
Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Ini Cara Buatnya
Sumber/Foto : Yanie Rosdi