“Tak Perlu Kot…,” -Komen Balas Shikin Maembong Buat Peminat Yang Mahu Tudung Preloved Emma

Selepas kontroversi pelakon Emma meninggalkan imej  bertudung beberapa hari lalu, netizen mula melihat daripada sudut positif akan keputusan itu.

Malah, ada juga yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan tudung-tudung yang pernah dijual dengan nama Emma Maembong Hijab terutama koleksi My Sketchbook Shawl yang dikeluarkan pada 2017.

Ketika ditanya sama ada kesemua koleksi tudung Emma akan diniagakan secara preloved, ini jawapan kakak Emma, Shikin Maembong.

“Tudung Emma semua dah dalam almari saya. Saya pakai,” jawabnya menerusi komen yang ditulis netizen di Instagramnya.

Malah, ada dalam kalangan peminat setia Emma yang mencadangkan agar tudung-tudung pelakon itu dihadiahkan secara percuma.

Namun, ini pula reaksi Shikin; “Tak perlu kot. Sebab saya yang jual.”



Tudung bawal (EM Dreamcatcher Bawal) dan shawl (Astakona Shawl) yang dikeluarkan dengan nama Emma itu telah dijual dengan harga sekitar RM89 hingga RM119.

Uniknya koleksi itu apabila ia mencetak semula hasil lukisan kreatif Emma.

Sementara itu, Shikin dalam entri terbaharu memuat naik fotonya bersama Emma bersama kapsyen sokongan terhadap adiknya itu.

“Keep calm, stay strong and make them wonder how you’re still smiling @emma_maembongofficial,” tulisnya.

Foto: IG Shikin Maembong, IG Emma Maembong Sketchbook

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak<