“Ada masa baik dan buruk… Terima kasih sentiasa berada di sisi saya” – Ucapan Romantis Yusry buat Lisa Surihani

23 Februari lalu, genap tujuh tahun pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah ketika itu.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka, Yusry dalam ucapan singkatnya kepada Lisa mengucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di sisinya dan anak-anak mereka.

Kata Yusry, 46, sepanjang tempoh itu, sudah banyak yang dilalui namun dia bersyukur dapat mengharunginya bersama-sama tidak kira dalam keadaan baik atau pun sukar.

Pasangan ini bersama dua anak mereka, Yahaira Leanna (kiri) dan Yusof Leonne.

“Sayang, sudah tujuh tahun kita bersama. Sudah tentu dalam mana-mana perkahwinan akan ada masa yang baik dan buruk.

“Tetapi melihat kembali, saya sangat bersyukur kita dapat mengharunginya bersama-sama dan bertambah kuat setiap hari.

“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan anak-anak. I love you so much. Selamat Hari Kita 7!,” katanya di Instagram.

Lisa, 33 dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, empat tahun dan Yusof Leonne, dua tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar