Tat Telur sememangnya sedap. Namun ramai yang kurang rajin nak cuba dek kerana kena buat kulit tat. Bagi anda yang nak sangat makan Tat Telur panas-panas tapi versi cepat, ni ha..resipi paling mudah perkongsian saudara Adri Oppa. Guna roti sandwic je dan tak perlu uli doh. Selamat mencuba!
RESIPI TAT TELUR ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ADUNAN TELUR:
- 4 biji telur gred A
- 300gm susu segar
- 50gm susu pekat
- 140gm gula icing
- 1 sudu makan tepung jagung
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti sandwic dan gelek hingga leper.
2. Potong roti kepada 4. Jika guna acuan besar, tidak perlu potong roti tetapi jika guna acuan kecil, sebaiknya potong.
3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan. Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 200C. Ia bertujuan menggaringkan roti sebelum dimasukkan adunan telur.
4. Untuk menyediakan adunan telur, satukan semua bahan dan pukul menggunakan garpu sahaja hingga sebati.
5. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah garing tadi.
6. Bakar kembali selama 20 minit menggunakan suhu 200c.
7. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Adri Oppa