Isu Fizz Fairuz ditang kap khal wat, Almy Nadia naik angin lagi!

PELAKON Datin Almy Nadia menegaskan suaminya Datuk Fizz Fairuz bukan individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita di Pulau Perhentian pada Jumaat lalu.

Menurut Almy atau Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 33, lebih baik netizen mengambil tindakan yang lebih drastik daripada berterusan menabur fitnah kepada suaminya.

Tambah Almy ketika kejadian itu berlaku, suaminya sedang menjalani sesi latihan sebagai penyampai anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019).

 

Netizen tuduh Fizz adalah individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat.

“Subbahanallah makcik makcik bawang atau netizen puaka dunia. Syukur Alhamdulillah kerana anda semua menambah pahala suami saya.

“Syukur Aalhamdulillah. Lebih baik bu nuh saja suami saya daripada anda semua menabur fitnah kepada suami saya. Sekarang suami saya tengah sesi latihan untuk malam ni (Ahad) tau untuk jadi salah seorang penyampai anugerah DFKL. Gelak besar rasanya,” kata Almy.

Almy menjelaskan perkara tersebut dan memuat naik paparan skrin tuduhan netizen terhadap suaminya di laman Instagram pada Ahad.

Fizz bersama anak-anak di sesi latihan DFKL 2019 yang berlangsung pada Ahad.

Almy dan Fizz berkahwin pada pada 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Afrina Arianna, 4; Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia empat bulan dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dan pasangannya antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian.

Lelaki berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah chalet dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi hingga 5.30 pagi itu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan hasil maklumat awam yang memaklumkan kehadiran pasangan itu dari Kuala Lumpur.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar