Permohonan maaf dari Normah Damanhuri

Kekec ohan yang melanda majlis perkahwinan anak lelaki seorang pelakon veteran baru-baru ini, membuka mata banyak pihak.

Biarpun ramai netizen yang mengecam tindakan model Ahya membenarkan aksi penari separuh bo gel menari pada majlisnya, Ahya memberi komen ia adalah perkara biasa.

Namun hari ini, ibu Ahya iaitu pelakon Normah Damanhuri akhirnya membuka mulut meminta maaf di atas kekhilafan yang berlaku pada majlis persandingan anaknya.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Normah meminta netizen agar memaafkan atas kekecohan yang melanda.

“Assalamualaikum…. saya Normah Damanhuri menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan maaf di atas kekhilafan tentang majlis perkahwinan anakanda saya Ahya dan Shahirah.

“Saya bagi pihak seluruh keluarga sekali lagi memohon maaf akan berhati-hati selepas ini…dan ianya tidak akan berulang lagi,” tulis Normah.

Ahad lalu, netizen digemparkan dengan aksi tarian seorang penari yang berpakaian tidak senonoh pada majlis persandingan Ahya dan Shahirah.

Netizen mengecam aksi tarian tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan adab dan norma masyarakat Melayu. – 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv