Macam Tak Percaya, Kanak-Kanak Lelaki Dalam Filem CJ7 Dah Menjadi Gadis Cantik

Siapa je tak tahu filem CJ7 yang pernah memberi kesan kepada orang ramai tentang kehidupan seorang bapa tunggal yang menginginkan anaknya mendapat pendidikan terbaik sehingga sanggup mendaftarkan anaknya di sekolah swasta walaupun dia perlu bekerja keras untuk mencari wang secukupnya.

Walaupun sudah 11 tahun berlalu, filem ini masih lagi menjadi bualan orang ramai kerana wajah terbaru kanak-kanak lelaki yang memegang watak Dicky ini tular di media sosial. Apa dah jadi dengan wajah kanak-kanak lelaki ni?

Dickey atau nama sebenar Xu Jiao yang memegang watak kanak-kanak lelaki kini telah remaja dan wajahnya kelihatan seorang gadis cantik! Buat perbedahan muka ke?

Untuk pengetahuan anda, Dicky bukanlah kanak-kanak lelaki seperti dalam filem tersebut, sebenarnya dia adalah kanak-kanak perempuan. Dalam satu temubual, dia mengakui bukan mudah untuk membawa watak Dicky kerana watak tersebut sangat berbeza dengan dirinya sebenar.

Dengan usahanya mendalami watak Dicky sehingga berjaya membuat penonton ketawa, kagum dan sedih, Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008.

Biasalah, masa kecil-kecil tak pandai lagi nak bergaya. Bila dah remaja, mulalah pandai melaram, wajah pun bertukar jadi cantik. Yang pasti, semua orang cantik dengan cara mereka sendiri.

 

 

 

Sumber:Donna