Petua Goreng Ikan Keli Agar Garing Dan Tak Mel3tup

Nak tahu cara goreng ikan keli supaya tak mele tup dan garing?

Maklumlah ikan ni memang sedap dimasak pelbagai gaya namun masalahnya bila nak goreng. Kalau tak kena gaya, boleh berminyak satu dapur.

Sebab itulah ramai yang kurang gemar masak ikan keli goreng ni dekat rumah. Lepas ni boleh cuba tip perkongsian saudari Zur Ain Salim ni. Mudah & ikan pun nampak garing dan sedap. Jom lihat cara-caranya.

 

PETUA GORENG IKAN KELI AGAR TAK MELE TUP & GARING

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan keli – bersihkan
  • Tepung gandum secukupnya
  • Air secukupnya – air dan tepung bergantung pada jumlah ikan
  • 2-3 hiris halia bersama kulit

BAHAN PERAP (Jumlah ikut kuantiti ikan):

  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih ikan dan rendam dengan tepung gandum. Gosok sedikit bagi membuang lendir pada ikan.


2. Bila dah hilang lendir, bilas dengan air bersih dan toskan bagi buang lebihan air.
3. Masukkan ikan ke dalam bekas dan gaulkan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. Pastikan bersalut rata.


4. Untuk menggoreng, panaskan minyak dan masukkan halia.


5. Kemudian masukkan ikan dan goreng seperti biasa hingga garing. Hasilnya ikan keli yang digoreng tidak mel etup, tak melekat pada kuali dan tidak hancur.


6. Sedia untuk dinikmati atau boleh dimasak sambal atau lain-lain menu kegemaran anda.

Kredit petua & foto: Zur Ain Salim