Keadaan fizikal Hafiz Suip jadi tanda tanya

Foto yang dimuatnaik oleh penyanyi Hafiz Suip dalam entri Instagramnya hari ini mengejutkan ramai artis dan peminat.

Mereka terkejut melihat Hafiz yang semakin kurus dan nampak seperti tidak terurus. Apa dah jadi?

“I am still survive. Akhirnya makan. You think I don’t know the game you play,” tulis Hafiz yang seolah-olah menujukan status itu kepada seseorang.

Pelakon Fendy Bakry yang turut berasa pelik bertanya kepada Hafiz melalui ruangan komen.

“Macam sesuatu brother”, tanyanya.

Hafiz lantas menjawab, “sesuatu yang sukar diungkapkan.”

Sementara itu, ramai artis lain turut bersimp ati dengan keadaan Hafiz.

“Apesal kurus sangat bro? Apa-apa hati may happy bro,” tanya Zarul Umbrella.

“24 jam lagu kau dalam kepala otak abang la Pisssss,” ungkap Erry Putra.

Manakala, dalam ramai yang komen, ada peminat yang dikenali sebagai @nurulshariff29 mendapat perhatian Hafiz.

“Kenapa macam tak terurus ke,” tanyanya.

“Itu akak tengok. Yang tak tengok? Alhamdulillah terurus lagi kehidupan ini.

Antara komen lain para peminat yang risaukan Hafiz adalah , “kenapa nampak kurus sangat, come on bro, you’re my favourite singer kot,” “keep strong, doa!”, “macam sa kit je, semoga dilindungi”, ” awak berbakat, teruskan. Jangan stop okey. Sayang bakat dipendam sahaja,” dan banyak lagi komen yang turut mendoakan kesihatan serta kebahagiaan Hafiz.

Sama-sama doakan semoga Hafiz terus sihat, sukses dan kembali bersemangat seperti dulu.

Sumber:MHetv