Bapa cuma mampu beri nafkah RM2 pada anak lepas kahwin baru

PERKONGSIAN seorang peguam syariah mengenai seorang bapa yang mencadangkan jumlah nafkah terhadap anaknya menerima pelbagai reaksi pengguna Facebook.

Dikatakan bapa berkenaan mencadangkan sebanyak RM2 untuk tiga kali hidangan setiap hari buat seorang anaknya,menjadikan jumlah keseluruhan sebanyank RM180 sebulan!

Bagaimanapun, kos itu tidak termasuk kos pakaian, RM20 dan Kelas Permata Kurnia (RM100) menjadikan jumlah nafkah bulanan yang dicadangkan berjumlah RM300.

Susulan ribuan komen yang memperdebatkan isu itu, peguam berkenaan, Suriati Ab Ghani tampil memberi perincian menerusi posting berikutnya.

Beliau sewaktu dihubungi mStar pada Khamis mengesahkan kes di sebuah mahkamah di Selangor itu masih lagi dalam perbicaraan.

“Ia nilai yang dikemukakan oleh pihak bapa. Suami dia yang buka ruang untuk orang komen macam tu.

“Sebab dia agihkan RM2 untuk tiga kali makan sehari. Kalau dia tak agih dan letak RM180, orang tak nampak pun,” ujarnya.

“Tak salah nak kawin baharu pun, tapi kena sedar tanggunga telah bertambah, tanggungan lama jangan dipoto ng.

Suriati juga tidak menyangka posting berkenaan menjadi tular.

Jelasnya, kes sebegini sudah biasa berlaku di mahkamah malahan ada kes yang lebih teruk berlaku sebelum ini.

“Kebanyakan kes di mahkamah syariah biasanya memang bapa tidk akan mengaku dia mampu, jarang sekali mengaku mampu, maka tugaz ibu perlu buktikan kemampuan bapa, cari dokumen dan saksi.

“Ada yang komen RM2 sekali makan logik untuk budak sekolah rendah. Siapa yang ada anak mesti tahu dan faham berapa jumlah yang cukup untuk keperluan makanan anak seharian.

Salah satu posting Suriati di Facebook.

“Sarapan mungkin cukup untuk zaman sekarang, air sahaja da RM1, nuget tiga ketul RM1, anak-anak juga Facebook.

Tambah Suriati lagi, lelaki berkenaan juga sudah berkahwin lain.

“Jika bapa boleh tambah tanggungan baharu, maka wajarlah bapa juga berusaha untuk menambah pendapatan. Sedar tanggungjawab bertambah, dalam kes tersebut, bapa telah berkahwin baharu.

“Tak salah nak kawin baharu pun, tapi kena sedar tanggungan telah bertambah, tanggungan lama jangan dipotong,” katanya.

Dalam pada itu, respon netizen juga berbeza-beza, ada yang mempertahankan si bapa tidak kurang yang menyelarnya.

Tambah Suriati lagi, ibu tidak akan bersusah payah menuntut nafkah anak di mahkamah jika bapa tidak cuai dalam melaksanakan nafkah anak-anak.

Malah katanya, wujudnya kes nafkah anak di mahkamah adalah disebabkan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar