Sebelum ini penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah meminta netizen agar tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Bella juga menegaskan yang dia tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.
Selepas bercerai, Aliff dilihat banyak menghabiskan masanya di Singapura dan Bella pula semakin aktif dalam industri seni. Namun baru-baru ini, menerusi Instagram mereka, kelihatan kedua-duanya memuatnaik video yang sama di InstaStory iaitu sedang bermain bowling.
Walaupun tidak menunjukkan muka masing-masing, namun jelas sekali itu adalah mereka berdua kerana memuatnaik perkara yang sama di media sosial.
Namun begitu,kemungkinan besar kehadiran Bella ke negara republik itu sekadar untuk membawa anak tunggalnya bertemu Aliff Aziz disana.
Hal ini dibuktikan menerusi muatnaik Aliff yang terbaru di laman Instagram yang memeluk dan mencium anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean sambil menyatakan rasa tidak sabar bertemu permata hatinya itu.
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu pada bulan Mei yang lalu berikutan sikap Aliff yang kerap berlaku curang terhadap isterinya.
Walaupun telah berpisah, sehingga kini Bella tidak memadam gambar-gambar kenangan bersama bekas suaminya itu di laman Instagram nya.
Konflik rumah tangga mereka telah mendapat liputan meluas berikutan gambar serta video mesra Aliff Aziz dengan beberapa wanita berlainan turut tersebar di media sosial.
Adakah ini membawa tanda Aliff dan Bella bakal rujuk kembali?
Kita doakan yang baik-baik sahaja ya!
Sumber:myartis