Kurang menyerlah bidang akademik, Linda Rafar tetap bersyukur anak sudah 2 kali khatam Al-Quran

Tidak semua anak-anak mampu untuk mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

Kadang-kadang walaupun tidak cemerlang dalam akademik, mungkin anak-anak mempunyai kelebihan di bidang yang lain kerana setiap anak itu ada keistimewaan nya.

Sebagai ibubapa haruslah memberi galakan agar anak-anak berjaya dalam bidang yang mereka ceburi dan minati. 

Perkara yang sama juga turut dilakukan oleh pelakon dan penyanyi Elite,Linda Rafar.

Menurutnya, meskipun anaknya tidak dapat menerima anugerah di sekolah tetapi beliau berbangga anaknya berjaya khatam  kitab suci  Al-Quran sebanyak dua kali.

Alhamdulillah tahniah Linda Rafar dan suami, pelakon Syed Aiman.

Ilmu akhirat adalah penting sebagai bekalan untuk di masa hadapan.

Perkongsian tersebut mendapat pujian dari para peminat yang turut bersetuju dengan Linda.

Pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman berkahwin pada tahun 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata lelaki.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:hai.mehbaca.com