“Sepanjang 12bulan apa saja boleh jadi..”- Mira Filzah

PELAKON popular Mira Filzah mena fikan dakw aan yang beliau bakal mena matkan zaman solonya dengan kekasih pilihan hatinya pada tahun hadapan.

Mira berkata, dia tidak akan sesekali mera hsiakan khabar gembira itu daripada pengetahuan umum.

“Itu kuasa Allah. Saya tak tahu apa yang bakal berlaku tahun depan. Sepanjang 12 bulan itu apa saja boleh jadi.

“Saya tak boleh komen lanjut mengenai soal ini tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mengimpikan sebuah pengakhiran yang bahagia dan berkahwin.

“Niat itu ada tetapi belum ada sebarang perbincangan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak buat masa ini,” katanya.

Mira juga menjelaskan, kerjasama beliau bersama pereka fesyen terkenal, Face of Bridal Rico Rinaldi 2020 itu juga tiada kena mengena yang beliau akan berkahwin dalam masa terdekat.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Mira mendedahkan sedang mengenal hati budi dengan individu yang enggan didedahkan identitinya.

Pemuda bertuah itu juga dikhabarkan bukan dalam kalangan penggiat industri seni.

 

 

 

 

Sumber:HMetro

Facebook Comments