Padam gambar peribadi, unfollow Mira di Instagram, Remy sedang buat ‘kerja pembersihan’

Aktor popular Remy Ishak, 37, menyifatkan tindakannya mema dam semua gambar peribadinya di media sosial Instagram adalah normal.

Akan tetapi bila diajukan soalan mengenai alasan dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik pelakon Mira Filzah, Remy cuma berkata yang dia kurang pasti mengenai hal terbabit.

“Bab tak ikuti akaun Instagram Mira itu, saya tak pasti. Nanti saya periksa balik.

“Mungkin ada yang terlepas pandang. Lagipun, sekarang ada pasukan yang menguruskan akaun media sosial saya, termasuk di Instagram,” ujarnya.

Remy dan Mira, 26, pernah bergandingan dalam drama popular, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, selain berlakon bersama dalam filem Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.

Populariti yang diraih pasangan layar perak ini mence tuskan gos sip yang kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

Namun, Mira menafikan perkara tersebut kerana dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang bukan dari bidang yang sama.

Bercerita lanjut mengenai tindakan memad amkan semua gambarnya di laman sosial yang diikuti oleh 1.5 juta orang itu, bintang siri Ombak Rindu ini berkata, dia sedang melakukan ‘kerja pembersihan’.

“Saya okey. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Memang tengah buat kerja pembersihan.

“Memang ada banyak benda yang nak kena ‘clear’. Apatah lagi sekarang pun sudah masuk tahun 2020,” katanya lagi.

 

 

 

Sumber:BH