Kucing hilang kembali ke rumah Tuan dengan bantuan kucing jalanan

Selain daripada jatuh sa kit,  perkara yang paling merisaukan bagi setiap pemilik kucing adalah bila tiba-tiba kucing tersayang tiada di depan mata.

Rata-rata pemilik kucing pernah mengalaminya.

Begitulah juga dengan seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @lisajariffin ini, di mana dia berkongsi akan kisah kehil angan kucing kesayangannya.

Menurutnya, kucing miliknya yang berusia 9 tahun didapati telah hil ang.

Lisa memutuskan untuk memberi ganjaran bernilai RM1,000 kepada mana-mana individu yang menjumpai dan membawa kucingnya pulang dalam keadaan yang selamat.

Wanita itu sangat risau akan keselamatan kucingnya, sama ada kucingnya itu dir4cun oleh manusia yang tidak berhati perut ataupun dilan ggar lari.

Pada ketika itu juga, seorang jiran memberitahu Lisa bahawa terdapat seorang jirannya yang sering menangkap kucing.

Kucing yang ditangkap itu dibu ang di kawasan Taman Tun Dr Ismail sedangkan kawasan perumahan Lisa ialah di Seputeh.

Pada keesokan harinya, Lisa memuat naik satu tweet yang memberitahu keadaan terkini kes kucingnya itu yang telah selamat pulang ke rumah. Sungguhpun begitu, sebelah daripada matanya berdar ah dan mengalami lu ka kecil.

Anehnya, kucing kesayangannya itu pulang sambil diekori oleh dua ekor kucing jalanan yang menjadi tempat Lisa mengadu pada hari kejadian! 

Perkongsian kisah kehilangan kucing Lisa itu mendapat perhatian ramai warganet.

 

Twitter

Ada juga yang sempat meminta agar Lisa membela kedua ekor kucing jalanan terbabit

Twitter

“Kucing terbukti memahami manusia cuma mereka tidak begitu peduli akan kita sahaja”, tulis seorang pengguna.

Twitter

Lisa rasa sangat bersyukur atas kepulangan kucing kesayangannya. Mujurlah tiada perkara bu ruk yang berlaku.

Jadi kepada yang masih menunggu kepulangan kucing yang hilang, cuba bercerita kegusaran anda pada kucing jalanan. Mana tau ‘skuad’ mereka boleh membantu?

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: EBOnline