Hun Haqeem minat wanita semp0i

Pelakon berbakat besar  yang semakin diminati kemunculannya dalam drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem mended ahkan dirinya tidak men0lak andai bertemu j0doh dan berkahwin dalam masa terdekat.

Malah Hun percaya akan takdir hidup yang telah ditentukanNya dan percaya pada rezeki selepas mendirikan rumah tangga.

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan ber4khir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.

“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan Dia nak tu tup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilng nikmat dunia kita nak tolak rezeki j0doh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.

“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri wanita idaman , jejaka berusia 22 tahun ini menyukai wanita yang luarannya semp0i tetapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang dirinya.

“Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya… belum jumpa ciri-ciri itu!

“Sejujurnya, di laman s0si4l ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gur4uan dan saya layan saja usik mereka,” ujar Hun.

Hun sebelum ini pernah membintangi drama Cari Aku di Syurga berpasangan dengan Janna Nick dan Cinta Belum Tamat Tempoh bersama Bella Astillah.

 

Semoga terus maju Hun!

 

 

 

Foto: Instagram Hun Haqeem

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH