5,000 tiket PGL 2020 telah terjual walaupun belum tau siapa pelakonnya. Hebat!

Bukan biasa-biasa. Meskipun barisan pelakon belum diumumkan, Puan Sri Tiara Jacquelina seakan tidak percaya apabila lebih 5,000 keping tiket pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) telah terjual.

Ini menunjukkan betapa gahnya, jenama PGL 2020 walaupun kali terakhir dipentaskan adalah pada tahun 2009, lebih 10 tahun lalu!

Selaku penerbit dan pengarah PGL2020, Tiara berkata dia sangat terharv dengan sambutan penonton yang bersem4ngat membeli tiket bagi pementasan PGL 2020 yang akan berlangsung pada 3 Julai hingga 3 Ogos ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur

“Jualan 5,000 tiket diper0leh sejak minggu lalu. Saya percaya jumlah akan meningkat sejak tiket mula ditawarkan bulan lalu.

“Ini membuktikan penonton tervja untuk menyaksikan PGL 2020 walaupun mereka tidak tahu siapa pelakonnya,” ujar Tiara.

“Ia sesuatu yang tak pernah berlakv. Kami sengaja buat pvblisiti awal untuk PGL iaitu sejak 1 Disember lalu dan tak sangka sambutannya begini.

“Bayangkan, pelakon belum diumumkan lagi tetapi orang sudah mula beli tiket. Saya rasa mereka datang kerana jenama PGL itu dan mereka teruja untuk men0nton pementasan semula PGL.

Menariknya, orang yang sudah berkali-kali tengok sebelum ini pasti akan datang men0nton lagi,” katanya.

Tiara berkata pihaknya masih dalam proses uji bakat pelak0n dan senarai pelakon yang lengkap akan diumumkan Februari ini.

Sejak sesi uji bakat PGL 2020 diumumkan, Tiara mengaku berdepan cabaran untuk mencari pelakon utama bagi muzikal berkenaan.

“Tidak dinafikan ramai pelakon yang datang ke sesi uji bakat termasuk aktor dikenali. Namun, agak sukar mencari mereka yang menepati kriteria dikehendaki seperti boleh berlakon, menyanyi dan menari.

“Ada yang boleh berlakon dan menyanyi tetapi tidak boleh menari. Saya masih meneruskan pencarian.

“Saya agak cer3wet kerana mahu pen0nton yang datang berpuas hati dengan apa yang disajikan. Saya berusaha memberi yang terbaik untuk muzikal ini,” katanya lagi.

Sekadar info, di antara pelakon terkenal tanah air yang hadir untuk sesi ujibakat PGL 2020 adalah pelakon yang mendapat jolokan ‘Hero Malaya’ , Remy Ishak dan Aqasha.

Pertama kali PGL dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya adalah pada Februari 2006 selepas filem Puteri Gunung Ledang lakonan Datuk M. Nasir dan Tiara mendapat sambutan pada 2004.

Pementasan musim pertama PGL menampilkan Tiara sendiri sebagai Gusti Puteri Retno Dumilah, Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah dan Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Melaka.

 

 

 

 

 

Sumber:xtra