Bakal diijabkabulkan esok, inilah dia #PapaAwanNano Elly Mazlein

Bakal diijabkabul bersama jejaka pilihannya,Mohamad Azlan pada esok,Sabtu, 18 Januari, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ada berkongsi satu foto yang mana persiapan untuk majlis malam berinai sedang dijalankan.

Bintang Kampung People itu bakal menganjurkan majlis tersebut hari ini, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

“InsyaAllah esok Kak Lina akan belanja gambar bakal suami #PapaAwanNano dan juga Sephia,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Peminat boleh menyaksikan majlis tersebut secara langsung menerusi saluran YouTube bintang berkenaan, #DuniaEllyMazlein.

Terdahulu, Elly dan Azlan mengikaat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.

Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Bakal suami Elly yang sinonim dengan panggilan Papa Awan Nano berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.

 

Semoga berbahagia Kak Lina Pompom!

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH