Lebih setahun berkenalan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz, di sini, kira-kira jam 9.09 malam tadi.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,800.
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis itu turut menyaksikan keluarga Elly menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, dengan kesemuanya adalah barangan kemas.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah, dengan disaksikan anggota keluarga kedua-dua belah pihak.
“Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang.
“Kini, saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Doakan kebahagiaan kami berdua.
Elly Mazlein sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan dengan sekali lafaz.
Tahniah Elly!
Sumber:BH