Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua tahun ini meluahkan hasratnya untuk menimang anak lelaki.
Siti, 41, berkata, dia sudah beberapa kali mendapatkan nasihat d0ktor bagi pr0ses rawa tan kesuburan, In Vitr0 Fertilisati0n (IVF), sama seperti yang dilakukannya sebelum ini.
“Saya pun bukan semakin muda… makin meningkat usia dan sekarang pun saya dah 41 tahun, saya target untuk dapatkan seorang lagi anak sebelum usia 43.
“Sekarang ini saya tetap menjalani apa yang d0ktor sarankan dan saya akan mengikut pr0sedur yang sama seperti sebelum ini kerana ada embry0 yang masih disimpan.
“Kalau boleh nak sepasanglah… sekarang dah ada perempuan, lepas ni nak lelaki pula. Apapun saya serahkan pada Allah. Sekiranya Dia izinkan, saya terima saja.
“Insyallah, ini semua rezeki dari Allah. Kalau jadi ia akan lekat. Walau apapun, saya serahkan pada Allah. Kalau Dia kata ada rezeki lagi, saya bersyukur… tapi kalau tiada rezeki pun tidak mengapa kerana Aafiyah adalah doa saya sebelum ini yang lama saya tunggu,” ujar penyanyi kesayangan ramai ini.
Tambah Siti lagi, dia juga berkemungkinan akan berehat panjang sekiranya din4sihatkan oleh d0ktor sebagai memenuhi tvntutan bagi menjalani pr0ses berkenaan.
“Apapun saya kena fikirkan soal kesih4tan saya juga. Kalau saya dah mulakan pr0sedur itu, memang saya kena berehat. Sekarang ini saya ada beberapa kali cuba berjumpa dengan doktor kerana ia ada beberapa peringkat.
“Selagi saya boleh aktif, saya akan teruskan tapi kalau dah sampai masa untuk saya kena berehat, saya akan berehat.
“Memandangkan saya ada dua rancangan iaitu untuk kerjaya dan keluarga, saya memilih untuk membiarkan saja mana yang jalan dahulu,” ujarnya.
Siti sebelum ini pernah mengalami kegvguran pada November 2015.
Dia kemudiannya berk0ngsi berita kehamiilan pada tahun 2017, iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.
Hasil perk0ngsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mstar