Berniaga sambil bersedekah, warung ‘Selera D’ Bendang Senja’ tawar RM1 untuk semua menu!

Acapkali melihat kep4yahan yang dialami oleh keluarga kurang mampu mencetuskan idea seorang pemuda membuka sebuah warung menawarkan menu berharga RM1 di Kampung Sungai Padang dekat Arau, Perlis.

Warung yang dinamakan sebagai ‘Selera D’ Bendang Senja’ mula beroperasi awal bulan lepas berkonsepkan pemandangan sawah padi yang diusahakan oleh Zulkifli Ismail, 39. 

“Bila kita makan di kedai, kalau bawa seorang dua anak mungkin ibu bapa mampu membayar harga makanan tetapi jika jumlah ahli keluarga yang besar bukan semua orang mampu,” jelas Zulkifli. 

Sejak warungnya tvlar dalam laman s0sial, kedainya tidak pernah pvtus pelanggan malah ada  yang sanggup datang dari Perak ke Perlis semata-mata untuk merasai laksa utara yang menjadi menu paling laris di warungnya itu.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima luar biasa, kurang daripada tiga jam semua makanan sudah habis dijual… saya buka warung pukul 11.00 pagi dan kira-kira pukul 1.30 petang dah boleh tvtup kedai,” katanya.

Setiap hari Zulkifli, yang dibantv oleh tiga pekerja akan memasak sebanyak lapan kilogram (Kg) beras pulut, 20kg beras, 20 bungkus laksa dan 20 ekor ayam.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata pelbagai menu yang ditawarkan pada harga RM1 iaitu nasi lemak, bihun sup, mee sup, kueyteow sup, maggi sup, nasi goreng termasuk menu paling laris iaitu pulut ayam, laksa utara, nasi ayam, dan nasi daging selain pelbagai jenis minuman juga pada harga sama termasuk ais batu campur (ABC), cendol dan laicikang.

 

Ketika ditanya, apakah dengan menjual makanan pada harga RM1 memberikan kevntungan ketika harga barang yang tidak menentu ketika ini, Zulkifli berkata kesemua makanan ini dimasak sendiri olehnya dan orang yang berkunjung ke sini bukan hanya makan sekali hidangan, tetapi akan berkali-kali menambah pesanan.

Dalam pada itu,seorang pelajar Tingkatan 5, Zaidi Putra Zakariah, 17, ketika ditemui berkata, dia sanggvp menyimpan duit p0ket yang diberi ibunya untuk ke sekolah semata-mata untuk makan di warung itu.

Dia berkata, meskipun harga yang ditawarkan RM1 untuk setiap jenis hidangan namun dia berpvas hati dengan makanan yang disediakan.

Seorang lagi pelanggan, Nurul Natasha Asmira Azhar, 16, berkata makanan yang dtawarkan sangat sedap selain dihdangkan dalam kuantiti yang banyak.

Kata Nurul lagi, meskipun pertama kali datang ke sini, makanan di sini adalah berbal0i untuk dinikmati selain menikmati pemandangan sawah padi yang indah terbentang luas.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar